Friday, April 16, 2010

Adab Menjaga Orang Sakit

TAJUK : ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

Perhatikan gambar berikut :

Menziarahi orang sakit amat digalakkan dalam ajaran Islam


KEUTAMAAN MENGUNJUNGI ORANG SAKIT



1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT

· Hukum menziarahi orang sakit adalah SUNAT sementara menjaga orang sakit adalah Fardhu Kifayah



2. ADAB-ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperitannya menanggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis

Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan



3. HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT

· Mewujudkan silaturrahim sesama Islam
· Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
· Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
· Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah

4. AKIBAT TIDAK MENJAGA ORANG SAKIT

· Menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung
· Menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup
· Perbuatannya akan dikutuk dan dihina oleh masyarakat sekeliling


Aktiviti 1: Perbincangan dalam kumpulan.
Senaraikan 10 jenis penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.

Aktiviti 2 : KUIZ LIMA MINIT (KLIK SINI)
Bincang dalam kumpulan dan catatkan jawapan yang betul dalam kertas berasingan.

Aktiviti 3 : KUIZ DAN LATIHAN (KLIK SINI)

Soalan Bahagian A (Aneka Pilihan) :
Soalan perbincangan kumpulan. Catatkan jawapan dalam kertas berasingan.

Soalan Bahagian A (Mengisi Tempat Kosong) :
Sila gunakan buku tulis dan hantar kepada guru untuk semakan.

Terima Kasih.


"SELAMAT MAJU JAYA"

Terus Baca..., klik sini

Monday, August 31, 2009

Khurafat



Khurafat :

Kepercayaan atau perbuatan karut yang dianggap ada hubungan dengan ajaran Islam sedangkan hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam. Contohnya : percaya azimat.







Faktor/ sebab berlaku khurafat :
-Iman kurang mantap
-Pengaruh masyarakat
-Terdapat tempat pemujaan

Cara mengatasi khurafat;
-Menggiatkan usaha dakwah
-Mengenakan hukuman berat
-Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat

Kesan/ akibat khurafat ;
-Jadi syirik dan batal iman
-Membazir masa, tenaga dan harta
-Menyekat akal dari berfikiran rasional

Terus Baca..., klik sini

Thursday, August 20, 2009

Contoh Soalan SPM Kertas 2

Terus Baca..., klik sini

Contoh Soalan SPM Kertas 1

Contoh Soalan SPM Kertas 1. Kod 1223/1


1. Soalan Contoh Kertas 1

2. Soalan Contoh Kertas 1
Terus Baca..., klik sini

Sunday, August 16, 2009

Ibn Sina Tokoh Perubatan



Biodata Ibnu Sina:
-Al-Husain bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Sina.

Riwayat hidup Ibnu Sina :
-Lahir pada 370 H / 980 M di Afsyanah Bukhara.
-Berketurunan Turki.
-Dikenali sebagai Avicenna di negara Barat.
-Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di Wilayah Rai dan Penasihat Agung Amir Ala Ad-Daulah di Asfahan
-Meninggal pada 428 H/ 1037 M.




Sifat-sifat peribadi Ibnu Sina:
-Tekun belajar ilmu. Pernah baca buku Metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali
-Taat beragama. Sering berdoa dan ke masjid
-Pintar. Menguasai pelbagai ilmu Naqliah (berteras akal) ketika umur 18 tahun
-Berinovatif, banyak melakukan penyelidikan dan karya terutama perubatan

Ketokohan Ibnu Sina :
-Pernah merawat Penguasa Bukhara, Jurjan, Hamazan dan Asfahan
-Menghasilkan banyak karya perubatan seperti al-Qanun fi-Tib dll
-Pencapaian terbaik ;
-Penemuan penyakit baru dan punca spt ; penyakit TB
-Penemuan dalam bidang farmasi
-Membangunkan teknologi perubatan

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang ilmu dan pemikiran :
-Menghasilkan 116 pelbagai karya spt falsafah, mantiq, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik


Karya-karya Ibnu Sina yang termasyhur:
-Al-Qanun fi Tibb.
-Al-Syifa’ fil-Hikmah.

Cuba baca ini mengenai Ibnu Sina
Terus Baca..., klik sini

Perkahwinan



Erti perkahwinan/ nikah :

Bahasa: Cantum atau himpun

Istilah: Akad menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang bermakna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan bersetubuh


Hukum-hukum perkahwinan:
-Harus: Tiada desakan untuk berkahwin dan tiada perkara mengharamkannya berkahwin

-Wajib: Mampu tunai nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus kepada zina

-Sunat: Mampu nafkah zahir dan batin. Sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin, tetapi tidak dikhuatiri akan berzina atau zalim kepada pasangan

-Makruh: Tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.

-Haram: Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin atau diyakini akan menzalimi pasangan.

Islam menggalakkan perkahwinan kerana:
-Jaminan Allah memberikan rezeki
-Menjauhkan diri daripada maksiat.

Hikmat-hikmat perkahwinan:
-Menjamin kesihatan
-Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
-Memupuk kasih sayang.
-Menjalinkan silaturrahim
-Memberi ketenteraman jiwa

Implikasi (kesan) perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam
-Kesan pada individu
-Dikenakan tindakan undang-undang
-Dipandang serong
-Kesan pada keluarga
-Nama baik keluarga tercemar
-Kesan pada masyarakat
-Kucar-kacir apabila tidak lagi hormat pada undang-undang Islam

Langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak ikut undang-undang:
-Perlu perhatian ibubapa dan masyarakat
-Mengadakan program ilmu undang-undang Islam
-Mengenakan tindakan undang-undang

Terus Baca..., klik sini

Ajaran Sesat



Pengertian ajaran sesat:
-Ajaran atau amalan yang didakwa ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.




Ciri-ciri ajaran sesat:
-Mencemarkan kesucian al-Quran dan Hadis
-Mengubah prinsip asas akidah Islam.
-Memuja pemimpin sehingga menganggapnya maksum, sebagai al-Mahdi, nabi dan tuhan.
-Menolak perkara yg qat'ie dalam Islam.
-Mengubah bentuk-bentuk ibadat.
-Mengubah konsep dosa dan pahala.
-Mendakwa boleh melakukan perkara pelik bersangkutan perkara ghaib.
-Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah
-Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum.



Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat terhadap individu:
-Rosak akidah.
-Masa terbuang.
-Minda tertutup.
-Kehidupan tidak stabil.

Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat terhadap masyarakat:
-Keruntuhan institusi kekeluargaan.
-Perpaduan tergugat.
-Berlaku keganasan.

Kesan ajaran sesat terhadap negara:
-Negara akan mundur.
-Negara tidak akan stabil.

Langkah-langkah menangani ajaran sesat:
-Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam sebenar.
-Menyebarkan ajaran Islam.
-Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang.
-Program pemulihan akidah.

Contoh-contoh kumpulan ajaran sesat.
-Ajaran Qadiyani.
-Ajaran Baha'i.
-Ajaran Taslim.
-Ajaran Ayah Pin
-Ajaran Bahtera Nabi Nuh



Ajaran Qadiyani:
-Pengasas : Mirza Ghulam Ahmad
-Nama Qadiyani adalah bersempena tempat lahir pengasasnya Qadiyan di India.
-Mula muncul pada tahun 1889 M.
-Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah tahun 1949 M.

Ciri-ciri kesesatan Ajaran Qadyani:
-Mirza Ghulam Ahmad sebagai al-Mahdi, nabi dan jelmaan Krishna(Dewa Hindu).
-Allah menurunkan kitab al-Tazkirah.kepada M. Ghulam Ahmad.
-M. Ghulam Ahmad mempunyai sejuta mukjizat.
-Menghapuskan jihad.
-Mengubah ayat-ayat al-Quran.
-Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah.
-Mengisytiharkan Qadiyan sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji.
-Mendakwa nabi Isa meninggal dunia dan dikuburkan di Srinagar, India.
-Menghukumkan kafir selain penganut Qadiyani.

Latar belakang Ajaran Baha'i:
-Pengasas : Husin Ali al-Mazandarani
-Nama Baha'i adalah sempena gelaran pengasasnya "Baha'ullah".
-Lanjutan kepada ajaran al-Babiyyah yang diasaskan Muhammad al-Syirazi.
-Muncul di Iran tahun 1847 M.
-Tersebar di Malaysia pada tahun 1953 M dibawa oleh Yan Kee Leong.

Pegangan kumpulan Baha'i:
-Pengasasnya adalah jelmaan Allah.
-Semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Baha'i.
-Alam ini bersifat baqa' (kekal).
-Nabi Isa mati disalib.
-Mengagungkan kod 19 hingga al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.
-Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.
-Memansukhkan agama Islam.
-Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru.
-Mengubah bentuk ibadat.
-Menghapuskan jihad.

Latar belakang Ajaran Taslim:
-Pengasas: Hj. Mohd bin Syafie atau dikenali sebagai Hj. Mohd Matahari.
-Mula tersebar tahun 1870-an.
-Berasal dari Kg. Seronok, P. Pinang.
-Merupakan ajaran sesat yg tertua di M’sia.
-Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syi'ah Ismailiyyah Batiniyyah.



Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim:
-Batin manusia ialah Allah dan zahir manusia ialah nur Muhammad.
-Alam bersifat qadim.
-Mentafsirkan ayat al-Quran ikut nafsu.
-Mengharuskan zina melalui nikah batin.
-Menolak kiamat, syurga dan neraka.
-Solat secara niat
-Menganggap Hj. Mohd Matahari sebagai pemimpin maksum.

Terus Baca..., klik sini

Friday, August 14, 2009

Perkara membatalkan iman & Syirik

Perkara-perkara yang membatalkan iman:

Syirik : Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al (perbuatan)


Bahagian Syirik :

- Syirik Jali : Syirik secara terang-terang .
spt sembah patung, sembah gambar, sembah selain Allah. percaya kepada bomoh, percaya tukang tilik, percaya zodiak dan lain-lain

- Syirik Khafi : tidak meletakkan Allah secara mutlak dalam niat .
seperti riyak, ujub, sombong, takbur, bangga diri dan lain-lain



menyembah patung, gambar dan seumpamanya adalah syirik jali, jatuh murtad dan termasuk dalam golongan musyrikin (kafir).

Terus Baca..., klik sini

Iman & Kepentingannya

Erti “iman” ;

Bahasa: percaya.

Istilah Ahli Sunnah : membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.




Keperluan/ kepentingan iman:
-Membentuk insan Muslim sejati
-Supaya istiqamah dalam ibadah
-Bertanggungjawab dan amanah

pautan berkaitan iman dari BAHEIS



Terus Baca..., klik sini

Thursday, August 13, 2009

Saham

Pengertian Saham:
Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan yang boleh dibeli oleh mana-mana orang yang disebut pemegang saham.




Pengertian pemegang saham:

Pemilik bersama bagi sesuatu syarikat yang telah membeli unit-unit saham daripada syarikat berkenaan.

Hukum muamalah saham:
-Harus sekiranya menepati kehendak syarak.

Syarat-syarat saham yang diharuskan:
-Mestilah bebas daripada unsur riba.
-Pelaburannya mestilah bebas daripada unsur perjudian atau yang melibatkan perkara-perkara haram.
-Mestilah tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi.
-Syarikat yang dibeli sahamnya tidak terlibat dengan urusniaga haram.
-Tidak dilaburkan saham dalam akaun simpanan tetap atau simpanan biasa dalam bank konvensional.

Terus Baca..., klik sini

Insurans dan Takaful



Pengertian Insurans:

Mana satu insurans di atas yang HALAL?

Maksud Insurans (Takaful-Bahasa Arab)
Satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong-menolong apabila ditimpa musibah



Hukum Insurans : Harus

Jenis-jenis insuran:
-Insuran nyawa.
-Insuran am.

Prinsip insurans:
-Pemegang polisi bekerjasama antara satu sama lain
-Merupakan satu perjanjian bantu-membantu
-Merupakan satu bentuk perjanjian bekerjasama memberi sumbangan
-Tiada unsur ketidakpastian pada bayaran sumbangan dan manfaat.
-Bertujuan memberi keuntungan yang saksama
-Menjamin dan melindungi antara satu sama lain

Tujuan insurans:
-Membantu pihak yang ditimpa musibah.
-Mendapatkan segala kemudahan perlindungan jika ditakdirkan musibah menimpa.
-Pemilik kenderaan berasa terjamin kos pembiayaan memperbaiki kenderaan jika kemalangan.

Perkara-perkara yang wajib dielakkan dalam insurans:
-Gharar (Ketidakpastian/Ada kekeliruan/Tidak jelas)
-Maisir (Ada unsur perjudian/money game)
-Riba (pertambahan nilai sebab bertangguh bayaran)

Contoh Insurans Haram/Syubhah

Perhatian :
Kebanyakan perlindungan insurans yang dipasarkan dan ditawarkan adalah insuran konvensional. Maksud konvensional ialah perniagaan yang mengandungi salah satu unsur berikut atau kesemuanya iaitu : ada unsur riba, gharar dan maisir.

Baca Tambahan mengenai TAKAFUL
Terus Baca..., klik sini

Hutang

Pengertian Hutang:
Memberi sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.





Hukum memberi hutang:
-Harus.
-Wajib (kepada yang sangat memerlukan).

Hukum membayar hutang: Wajib.

Rukun-rukun berhutang:
-Penerima dan pemberi hutang.
-Barang yang dijadikan hutang: mestilah milik penuh pemberi hutang.
-Sighah (akad pemberian hutang)

Hikmat diharuskan berhutang:
-Membantu golongan yang susah.
-Mengelakkan daripada sikap malas dan suka meminta-minta dengan percuma.
-Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin.

Perbezaan antara hutang dan riba:

Hukum hutang dan hukum riba
Hukum memberi hutang adalah sunat manakala memberi riba adalah haram.
Humum membayar hutang adalah wajib manakala membayar riba adalah haram.

Kesan hutang dan riba
Hutang mewujud silaturrahim manakala riba wujud penindasan dan permusuhan.

Tujuan memberi Hutang dan riba
Hutang membantu mereka yang susah manakala riba adalah untuk mengambil faedah daripada kesusahan orang lain.
Memberi hutang berniat makruf manakala riba berniat mungkar

Cara bayaran
Membayar hutang dengan tiada pertambahan nilai manakala riba jumlah akan bertambah.


Terus Baca..., klik sini

Gadaian/Ar-Rahnu



Pengertian Gadaian:
-Bahasa: Menahan sesuatu.
-Istilah: Sesuatu barang yang bernilai dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.

Rukun-rukun gadaian:
-Penggadai.
-Pemegang gadaian.
-Barang yang digadaikan.
-Bayaran yang diberikan kepada penggadai.
-Ijab dan qabul.

Syarat-syarat sah gadaian:
-Harta yang digadai sah dijualbeli.
-Penggadai dan pemegang gadai akil baligh.
-Gadaian dibuat dengan kerelaan sendiri
-Barang kepunyaan penggadai sendiri.
-Tidak boleh merugikan penggadai
-Tidak boleh merugikan pemegang gadai

Perkara-perkara yang membatalkan gadaian:
-Barang yang digadai, diserah semula kepada penggadai.
-Penggadai membayar semua hutangnya.
-Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah.
-Pemegang gadai membatalkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan penggadai.
-Penggadai meninggal dunia.
-Barang yang digadai rosak.
-Barang yang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada orang lain.

Hikmah gadaian:
-Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan.
-Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang.
-Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan sayang antara satu sama lain.

Perbezaan antara gadaian Islam dan gadaian konvensional:

Gadaian Islam
-Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal
-Tiada riba
-Nilai barang dan upah
-Membantu meringankan kesusahan

Gadaian Konvensional (Bukan Islam)
-Barang gadaian akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian
-Mengamalkan riba
-Nilai barang termasuk faedah
-Membebankan kerana terpaksa membayar faedah/nilai riba

Terus Baca..., klik sini

Sembelihan



Erti Sembelihan:

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat halkum dan marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah





Dalilnya

Maksudnya: “diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah”

Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya.

Rukun sembelihan dan syarat sah
-Penyembelih
-Islam
-Tidak dalam ihram haji/umrah

-Binatang yang disembelih
-Halal dimakan
-Mati sekali sembelihan
-Putus urat halkum dan marik

-Alat sembelihan
-Benda yang tajam kecuali gigi, tulang, kuku, rambut dan tali

Perkara sunat dalam sembelihan:
-Menyebut nama Allah
-Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat kanan dan kiri
-Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
-Menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat.
-Menyembelih di siang hari

Perkara makruh dalam sembelihan:
-Menggunakan alat yang tumpul.
-Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih.
-Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
-Tidak membaca basmalah

Hikmat sembelihan:
-Mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat.
-Mengeluarkan semua darah dengan cepat dan berpenyakit
-Memastikan daging yang bersih dan bermutu
-Membezakan daging halal dan haram

Terus Baca..., klik sini
 

Followers

Pendidikan Islam 1223 SPM Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal