Thursday, August 13, 2009
Gadaian/Ar-Rahnu
Author: aby
| at : 8/13/2009 11:43:00 PM |
Category :
Ibadat Tingkatan 4
|
Pengertian Gadaian:
-Bahasa: Menahan sesuatu.
-Istilah: Sesuatu barang yang bernilai dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.
Rukun-rukun gadaian:
-Penggadai.
-Pemegang gadaian.
-Barang yang digadaikan.
-Bayaran yang diberikan kepada penggadai.
-Ijab dan qabul.
Syarat-syarat sah gadaian:
-Harta yang digadai sah dijualbeli.
-Penggadai dan pemegang gadai akil baligh.
-Gadaian dibuat dengan kerelaan sendiri
-Barang kepunyaan penggadai sendiri.
-Tidak boleh merugikan penggadai
-Tidak boleh merugikan pemegang gadai
Perkara-perkara yang membatalkan gadaian:
-Barang yang digadai, diserah semula kepada penggadai.
-Penggadai membayar semua hutangnya.
-Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah.
-Pemegang gadai membatalkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan penggadai.
-Penggadai meninggal dunia.
-Barang yang digadai rosak.
-Barang yang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada orang lain.
Hikmah gadaian:
-Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan.
-Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang.
-Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan sayang antara satu sama lain.
Perbezaan antara gadaian Islam dan gadaian konvensional:
Gadaian Islam
-Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal
-Tiada riba
-Nilai barang dan upah
-Membantu meringankan kesusahan
Gadaian Konvensional (Bukan Islam)
-Barang gadaian akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian
-Mengamalkan riba
-Nilai barang termasuk faedah
-Membebankan kerana terpaksa membayar faedah/nilai riba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment