Thursday, August 13, 2009
Insurans dan Takaful
Author: aby
| at : 8/13/2009 11:47:00 PM |
Category :
Ibadat Tingkatan 4
|
Pengertian Insurans:
Mana satu insurans di atas yang HALAL?
Maksud Insurans (Takaful-Bahasa Arab)
Satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong-menolong apabila ditimpa musibah
Hukum Insurans : Harus
Jenis-jenis insuran:
-Insuran nyawa.
-Insuran am.
Prinsip insurans:
-Pemegang polisi bekerjasama antara satu sama lain
-Merupakan satu perjanjian bantu-membantu
-Merupakan satu bentuk perjanjian bekerjasama memberi sumbangan
-Tiada unsur ketidakpastian pada bayaran sumbangan dan manfaat.
-Bertujuan memberi keuntungan yang saksama
-Menjamin dan melindungi antara satu sama lain
Tujuan insurans:
-Membantu pihak yang ditimpa musibah.
-Mendapatkan segala kemudahan perlindungan jika ditakdirkan musibah menimpa.
-Pemilik kenderaan berasa terjamin kos pembiayaan memperbaiki kenderaan jika kemalangan.
Perkara-perkara yang wajib dielakkan dalam insurans:
-Gharar (Ketidakpastian/Ada kekeliruan/Tidak jelas)
-Maisir (Ada unsur perjudian/money game)
-Riba (pertambahan nilai sebab bertangguh bayaran)
Contoh Insurans Haram/Syubhah
Perhatian :
Kebanyakan perlindungan insurans yang dipasarkan dan ditawarkan adalah insuran konvensional. Maksud konvensional ialah perniagaan yang mengandungi salah satu unsur berikut atau kesemuanya iaitu : ada unsur riba, gharar dan maisir.
Baca Tambahan mengenai TAKAFUL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment