Friday, April 16, 2010

Adab Menjaga Orang Sakit

TAJUK : ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

Perhatikan gambar berikut :

Menziarahi orang sakit amat digalakkan dalam ajaran Islam


KEUTAMAAN MENGUNJUNGI ORANG SAKIT



1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT

· Hukum menziarahi orang sakit adalah SUNAT sementara menjaga orang sakit adalah Fardhu Kifayah



2. ADAB-ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperitannya menanggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis

Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan



3. HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT

· Mewujudkan silaturrahim sesama Islam
· Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
· Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
· Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah

4. AKIBAT TIDAK MENJAGA ORANG SAKIT

· Menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung
· Menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup
· Perbuatannya akan dikutuk dan dihina oleh masyarakat sekeliling


Aktiviti 1: Perbincangan dalam kumpulan.
Senaraikan 10 jenis penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.

Aktiviti 2 : KUIZ LIMA MINIT (KLIK SINI)
Bincang dalam kumpulan dan catatkan jawapan yang betul dalam kertas berasingan.

Aktiviti 3 : KUIZ DAN LATIHAN (KLIK SINI)

Soalan Bahagian A (Aneka Pilihan) :
Soalan perbincangan kumpulan. Catatkan jawapan dalam kertas berasingan.

Soalan Bahagian A (Mengisi Tempat Kosong) :
Sila gunakan buku tulis dan hantar kepada guru untuk semakan.

Terima Kasih.


"SELAMAT MAJU JAYA"

 

Followers

Pendidikan Islam 1223 SPM Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal