Sunday, August 16, 2009

Perkahwinan



Erti perkahwinan/ nikah :

Bahasa: Cantum atau himpun

Istilah: Akad menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang bermakna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan bersetubuh


Hukum-hukum perkahwinan:
-Harus: Tiada desakan untuk berkahwin dan tiada perkara mengharamkannya berkahwin

-Wajib: Mampu tunai nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus kepada zina

-Sunat: Mampu nafkah zahir dan batin. Sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin, tetapi tidak dikhuatiri akan berzina atau zalim kepada pasangan

-Makruh: Tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.

-Haram: Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin atau diyakini akan menzalimi pasangan.

Islam menggalakkan perkahwinan kerana:
-Jaminan Allah memberikan rezeki
-Menjauhkan diri daripada maksiat.

Hikmat-hikmat perkahwinan:
-Menjamin kesihatan
-Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
-Memupuk kasih sayang.
-Menjalinkan silaturrahim
-Memberi ketenteraman jiwa

Implikasi (kesan) perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam
-Kesan pada individu
-Dikenakan tindakan undang-undang
-Dipandang serong
-Kesan pada keluarga
-Nama baik keluarga tercemar
-Kesan pada masyarakat
-Kucar-kacir apabila tidak lagi hormat pada undang-undang Islam

Langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak ikut undang-undang:
-Perlu perhatian ibubapa dan masyarakat
-Mengadakan program ilmu undang-undang Islam
-Mengenakan tindakan undang-undang

0 comments:

Post a Comment

 

Followers

Pendidikan Islam 1223 SPM Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal