Sunday, August 16, 2009

Ajaran Sesat



Pengertian ajaran sesat:
-Ajaran atau amalan yang didakwa ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.




Ciri-ciri ajaran sesat:
-Mencemarkan kesucian al-Quran dan Hadis
-Mengubah prinsip asas akidah Islam.
-Memuja pemimpin sehingga menganggapnya maksum, sebagai al-Mahdi, nabi dan tuhan.
-Menolak perkara yg qat'ie dalam Islam.
-Mengubah bentuk-bentuk ibadat.
-Mengubah konsep dosa dan pahala.
-Mendakwa boleh melakukan perkara pelik bersangkutan perkara ghaib.
-Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah
-Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum.



Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat terhadap individu:
-Rosak akidah.
-Masa terbuang.
-Minda tertutup.
-Kehidupan tidak stabil.

Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat terhadap masyarakat:
-Keruntuhan institusi kekeluargaan.
-Perpaduan tergugat.
-Berlaku keganasan.

Kesan ajaran sesat terhadap negara:
-Negara akan mundur.
-Negara tidak akan stabil.

Langkah-langkah menangani ajaran sesat:
-Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam sebenar.
-Menyebarkan ajaran Islam.
-Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang.
-Program pemulihan akidah.

Contoh-contoh kumpulan ajaran sesat.
-Ajaran Qadiyani.
-Ajaran Baha'i.
-Ajaran Taslim.
-Ajaran Ayah Pin
-Ajaran Bahtera Nabi Nuh



Ajaran Qadiyani:
-Pengasas : Mirza Ghulam Ahmad
-Nama Qadiyani adalah bersempena tempat lahir pengasasnya Qadiyan di India.
-Mula muncul pada tahun 1889 M.
-Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah tahun 1949 M.

Ciri-ciri kesesatan Ajaran Qadyani:
-Mirza Ghulam Ahmad sebagai al-Mahdi, nabi dan jelmaan Krishna(Dewa Hindu).
-Allah menurunkan kitab al-Tazkirah.kepada M. Ghulam Ahmad.
-M. Ghulam Ahmad mempunyai sejuta mukjizat.
-Menghapuskan jihad.
-Mengubah ayat-ayat al-Quran.
-Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah.
-Mengisytiharkan Qadiyan sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji.
-Mendakwa nabi Isa meninggal dunia dan dikuburkan di Srinagar, India.
-Menghukumkan kafir selain penganut Qadiyani.

Latar belakang Ajaran Baha'i:
-Pengasas : Husin Ali al-Mazandarani
-Nama Baha'i adalah sempena gelaran pengasasnya "Baha'ullah".
-Lanjutan kepada ajaran al-Babiyyah yang diasaskan Muhammad al-Syirazi.
-Muncul di Iran tahun 1847 M.
-Tersebar di Malaysia pada tahun 1953 M dibawa oleh Yan Kee Leong.

Pegangan kumpulan Baha'i:
-Pengasasnya adalah jelmaan Allah.
-Semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Baha'i.
-Alam ini bersifat baqa' (kekal).
-Nabi Isa mati disalib.
-Mengagungkan kod 19 hingga al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.
-Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.
-Memansukhkan agama Islam.
-Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru.
-Mengubah bentuk ibadat.
-Menghapuskan jihad.

Latar belakang Ajaran Taslim:
-Pengasas: Hj. Mohd bin Syafie atau dikenali sebagai Hj. Mohd Matahari.
-Mula tersebar tahun 1870-an.
-Berasal dari Kg. Seronok, P. Pinang.
-Merupakan ajaran sesat yg tertua di M’sia.
-Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syi'ah Ismailiyyah Batiniyyah.



Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim:
-Batin manusia ialah Allah dan zahir manusia ialah nur Muhammad.
-Alam bersifat qadim.
-Mentafsirkan ayat al-Quran ikut nafsu.
-Mengharuskan zina melalui nikah batin.
-Menolak kiamat, syurga dan neraka.
-Solat secara niat
-Menganggap Hj. Mohd Matahari sebagai pemimpin maksum.

0 comments:

Post a Comment

 

Followers

Pendidikan Islam 1223 SPM Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal